You are viewing beritaberita

previous berita | next berita

Perlis tegas kawal murtad

lips
Perlis tegas kawal murtad
Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID
22 Disember 2006

KANGAR 22 Dis. – Undang-Undang Mengawal Iktikad dan Kepercayaan Orang Islam (Sunnah Wal Jamaah) Negeri Perlis 2002 akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menghalang pihak tertentu daripada mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun 2002 dan diwartakan serta mendapat perkenan daripada Raja Perlis pada tahun yang sama juga.

‘‘Dengan adanya undang-undang ini, orang bukan Islam tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain. Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dengan kesalahan di bawah undang-undang tersebut boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali berdasarkan pada kesalahan yang mereka lakukan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Negeri, Roslan Abu Bakar menjelaskan, undang-undang tersebut bertujuan untuk menghalang semua pihak daripada memujuk orang Islam dengan menggunakan sebarang cara agar mereka bertukar kepada agama lain.

‘‘Cara-cara yang dimaksudkan itu ialah menerusi percakapan, penggunaan dokumen, risalah dan telefon serta kaedah lain yang difikirkan cuba mempengaruhi umat Islam berkenaan meninggalkan agama mereka,” ujarnya.

Katanya, undang-undang itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat bukan Islam mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tetapi pada masa sama tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Roslan menambah, pelaksanaan undang-undang tersebut mengambil masa yang panjang untuk dikuatkuasakan kerana ia melibatkan isu yang sensitif dan juga sementara menunggu negeri-negeri lain turut menguatkuasakan undang-undang yang sama.

‘‘Jika satu negeri sahaja melaksanakan undang-undang itu, mereka yang terbabit dengan kegiatan itu mungkin bertindak melakukannya di negeri yang tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, pelaksanaan Enakmen Jenayah Syarak Negeri Perlis yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) bukan sahaja memberi tumpuan terhadap jenayah khalwat.

Latest Month

April 2009
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Profile

lips
beritaberita
beritaberita
Powered by LiveJournal.com
Designed by Kenn Wislander