Pecat Mufti: Pemuda PAS buat laporan polis
Basiron Abdul Wahab
Thu | Apr 05, 07 | 04:46:19 PM
TEMERLOH, 5 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis terhadap Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berkaitan usul memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang diluluskan oleh Konvensyen Gerakan Wilayah Persekutuan pada 1 April lalu.
ImageSetiausaha Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat(Juham) , Abdullah Abdul karim menyifatkan tindakan parti Gerakan Wilayah Persekutuan meluluskan usul tersebut sebagai 'kurang ajar' kerana cuba mencampuri urusan umat Islam yang tiada kaitan dengan parti itu dan menghina Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, beliau berkata, parti Gerakan hendaklah memohon maaf kepada Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dan Sultan Perak.
Katanya, kenyataan pada 1 April lalu sebagaimana tersiar di dalam ahkbar The Star bertarikh 2 April muka surat 3, jelas menunjukkan parti itu cuba mengaitkan Mufti Perak dengan isu penyebaran SMS kononnya Dato' Azhar Mansur telah murtad pada tahun lalu adalah tidak berasas. Ini kerana Musfti terbabit tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan itu.
Juham, kata Abdullah berpendapat bahawa usul yang diluluskan oleh Gerakan itu terjumlah kepada penghinaan terhadap kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di mana segala bidang kuasa berkaitan dengan hal ehwal Islam termasuk berkaitan dengan pelantikan dan pemecatan Mufti adalah berada di bawah kuasa Raja-raja Melayu selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri sebagaimana diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, tidakan parti itu melulus dan menghebahkan usul tersebut adalah suatu penghinaan terhadap preogatif Ke bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
Tambah beliau, Implikasi daripada usul itu boleh menyebabkan timbul kebencian masyarakat bukan Islam terhadap institusi Islam seperti Mufti dan dalam hal ini parti Gerakan adalah pihak yang mengapi-apikannya.
Menurut Abdullah sehubungan itu Juham membuat laporan polis dan mendesak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap parti Gerakan Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan (disebabkan usul dan kenyataan akhbar yang dibuat di Wilayah Persekutuan) , Akta hasutan serta lain-lain peruntukan undang-undang yang releven.
"Kita mendesak polis menyiasat dan mangambil tindakan terhadap parti itu di bawah Seksyen 298A kanun Kesiksaan, Akta hasutan dan sebagainya," tegas beliau.
Mengiringi Abdullah termasuklah Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Johari Ishak; Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Pahang, Mazlan Ardy dan AJK PAS kawasan Temerloh Syed Hamid Mohamad. - mks.