By Ed Cropley
World Updates
September 26, 2007
MYT 12:00:20 AM
BANGKOK (Reuters) - Secret networks of dissident citizen reporters operating beneath the noses of government spies in army-ruled Myanmar are giving the world unprecedented glimpses of the biggest anti-junta protests in two decades.
With foreign journalists barred from what is one of the world's most closed states, much of the worldwide media coverage is coming from exiled newshounds in countries such as Thailand and India -- and their clandestine contacts on the inside.
![]() |
Students shouts slogans during a protest outside Myanmar embassy in Jakarta September 26, 2007. Secret networks of dissident citizen reporters operating beneath the noses of government spies in army-ruled Myanmar are giving the world unprecedented glimpses of the biggest anti-junta protests in two decades. (REUTERS/Dadang Tri) |
The contrast to Myanmar's last major uprising, in 1988, could not be more stark. Then, as many as 3,000 people were killed when soldiers opened fire on the crowds but it took days for the news -- let alone pictures or video footage -- to emerge.
"The difference is night and day," said Dominic Faulder, a Bangkok-based British reporter during the 1988 uprising.
"Now, the whole population are journalists on the move equipped with all sorts of information-capturing devices from telephones and video machinery that you just couldn't use in 1988."
Then, Faulder said, all information went via the telex at Yangon's posh Strand Hotel, a single line that on one day accounted for 90 percent of all international calls, according to the government spies who came round the next day to find out why.
"OUR MAN ON THE STREET"
As troops fired warning shots at crowds in Yangon on Wednesday, "citizen journalists" in the masses seething through the city centre were sending their thoughts, pictures and video to international broadcasters such as CNN and the BBC.
More important, the news is beamed back in by satellite television and radio by exile news groups such as the Democratic Voice of Burma (DVB), now one of the main ways Myanmar's 56 million people learn about events inside their own country.
DVB has its headquarters in Oslo and receives funding from several European Union countries.
The United States helps fund other dissident news-gathering organisations through its National Endowment for Democracy, one source of the generals' assertions that the protests are the result of outside agitation.
Apart from dissident news outlets, the only sources of news inside Myanmar are the junta's rigidly controlled state media, which, according to one man in Shan state, broadcast "only pop singers and lies".
After curfews were announced in Yangon and Mandalay via loudspeakers mounted on trucks, the official New Light of Myanmar ran a front page article accusing the opposition of being "rude" and taunting monks who did not join protests.
"It is not bed time," the protesters were quoted as shouting when abbots at one monastery shut their gates to indicate they were staying put.
"Do you wish to be called nuns?" they continued. "You are hiding because you are afraid. Want to wear bra?"
Copyright © 2007 Reuters
Ahmad Tajdid
Thu | Apr 19, 07 | 02:20:29 PM
Selasa 1 Mei 2007 | 13 Rabiul Akhir 1428 Hijrah
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad muncul di Ijok dengan imej baru. Jika dalam pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, Kelantan, beliau bertudung litup dan berbaju kurung; di Ijok, ketua sayap ketiga Umno itu berpakaian ranggi dan berambut perang (blond).
Mengapa perlu ada dua identiti dalam dua tempat berasingan, Noraini lebih faham. Tidak payahlah nak bercakap tentang kewajipan menutup aurat, Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri yang juga pemuka wanita Umno, Dr Mashitah Ibrahim lebih maklum daripada kita semua!
Penampilan baru Noraini itu hanyalah isu sampingan. Apa yang cuba diketengahkan dalam komentar ini adalah kenyataan Noraini bahawa calon BN 'lebih baik' dari calon KeADILan dan mampu menang dalam pilihan raya kecil DUN Ijok, 28 April ini.
Menurut Noraini seperti dilapor Bernama, jentera BN yang bergerak secara bersepadu sudah pasti akan bergabung tenaga untuk membawa kemenangan kepada calon BN iaitu K.Parthiban.
"Calon parti pembangkang memang berpengalaman tapi dia dikenali dalam dunia korporat sahaja. Calon kita juga ada pengalaman luas dan kita akan pastikan dia menang nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Puteri Umno untuk pilihan raya kecil DUN Ijok, 18 April lalu.
Betulkah dakwaan Noraini bahawa calon BN lebih baik? Bagi membantu pembaca membuat keputusan, berikut adalah maklumat berhubung dua calon yang bertanding:
Calon BN, K. Parthiban
K. Parthiban, 38, ialah seorang anak tempatan. Dilahirkan pada 6 Okt, 1968 di Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.
Parthiban dilaporkan aktif dalam MIC sejak 1989 dan jawatan tertinggi parti yang disandangnya adalah Setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang. Walaupun bertugas sebagai kakitangan kerajaan kumpulan A yang dilarang aktif dalam politik, Parthiban nampaknya kebal daripada peraturan am itu.
Jawatan akhir yang disandangnya ialah pegawai Ko-Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.
Sebelum menjadi pegawai Ko-Akedemik, Parthiban ialah Penyelia Sekolah Tamil serta guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa, Tanjung Karang, dan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Tanjong Karang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Raja Musa, Kuala Selangor pada 1975 sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah, Batang Berjuntai pada tahun 1981.
Parthiban kemudian melanjutkan pelajaran tingkatan enam di Institut BB, Batang Berjuntai dan kemudiannya mengikuti kursus sijil perguruan asas Bahasa Tamil di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur pada 1991 hingga 1993.
Calon BN itu juga menyandang jawatan utama dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sebagai Presiden Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Belia Daerah Kuala Selangor.
Beliau juga presiden Kelab Bola Sepak Permatang; pengerusi kepada Persatuan Belia Hindu (HYO) Tanjung Karang dan Rukun Tetangga Raja Musa, Kuala Selangor; setiausaha Persatuan Pelajar Sri Sakti Kuala Selangor; selain pernah menjadi setiausaha Kelab Belia Tamil Kuala Selangor dari 1990 sehingga 2001.
Beliau juga ialah ahli panel Mahkamah Juvana Kuala Selangor dan ahli panel pelawat Hospital Tanjong Karang.
Parthiban, berkelulusan sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan Universiti Malaya, serta Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (B.Sc.(Hons) ) dari universiti yang sama.
Jawatan-jawatan penting dalam politik yang masih disandang ialah pegawai khas kepada anggota Parlimen Tanjung Karang, wakil peribadi kaum India ADUN Permatang, anggota jawatankuasa BN Tanjung Karang dan Ketua Cawangan MIC Kampung Bukit Belimbing.
Parthiban juga ialah anggota Majlis Daerah Kuala Selangor.
Dengan pelbagai jawatan politik dan NGO yang disandang, bagaimana agaknya calon BN itu mampu melaksanakan tugasnya sebagai seorang kakitangan kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Calon KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid, 61, bukanlah nama asing dalam bidang korporat dan politik negara.
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie itu kini menyandang Bendahari KeADILan Pusat dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor.
Abdul Khalid dilahirkan di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut dari dulu hingga kini.
Khalid mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Beliau seterusnya menyambung pelajaran di sebuah sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.
Lulus dengan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya, Khalid kemudian memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.
Beliau kini menjawat Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Reputasinya di peringkat antarabangsa menjadi faktor pelantikannya sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam Jeddah, sebuah syarikat pelaburan kewangan Islam yang tersohor.
Khalid juga menjawat Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Bekas guru dan pensyarah institut pengajian tinggi ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Penduduk Kuala Selangor selalu mengingati jasa Khalid Ibrahim yang membina pusat latihan penyelenggaraan jentera perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.
Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang di Guthrie Berhad, dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.
Kedua-dua program ini berjaya menaik taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.
Apa sebab Khalid bertanding?
Khalid mengambil keputusan bertanding di DUN Ijok dengan alasan kawasan itu masih ketinggalan daripada segi pembangunan.
Menurutnya, sungguhpun Selangor diisytiharkan sebagai negeri maju, secara keseluruhannya Ijok masih ketinggalan daripada segi pembangunan.
"Saya pernah berbasikal ke Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 dan kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan dan kini saya dapati keadaan di Ijok ketika saya bersekolah sehingga sekarang tidak banyak berubah.
"Masih banyak kampung yang masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih," katanya pada suatu sidang akhbar mengumumkan pencalonannya di lobi bangunan Parlimen, beberapa hari sebelum penamaan calon.
Daripada pemaparan biodata calon-calon tadi, siapakah yang anda fikir layak untuk mewakili DUN Ijok?
Pastinya ia suatu pilihan yang mudah. Paling tidakpun, ia tidak sesukar antara memilih watak wanita salihah bertudung litup Ketua Puteri Umno di Pengkalan Pasir dengan watak ranggi dan berambut perang Noraini Ahmad di Ijok!

